Cari @ Amanz

Perkhidmatan penstriman muzik popular Spotify kini mempunyai 75 juta pelanggan berbayar. Ini diumumkan menerusi laporan kewangan suku pertama 2018 mereka hari ini. Pada suku yang sama tahun lalu mereka mempunyai 52 juta pelanggan berbayar. Ini bermakna mereka mencatatkan peningkatan 45% pelanggan berbayar.

Jumlah keseluruhan pengguna pula ialah 170 juta. Pencabar terdekatnya Apple Music mempunyai 40 juta pengguna berbayar pada awal bulan ini. Walaupun jumlah pengguna berbayar meningkat, Spotify masih lagi belum mencatatkan keuntungan untuk tahun 2018, mereka mensasarkan untuk mendapatkan 84 juta pengguna berbayar. Saingan kini semakin hangat dengan Google dipercayai akan menjenamakan semula perkhidmatan penstriman mereka kepada YouTube Remix.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd