Pengecas Pantas Mungkin Akan Disertakan Dengan Setiap Pembelian iPhone 2018

Pengecas Pantas Mungkin Akan Disertakan Dengan Setiap Pembelian iPhone 2018

Diterbitkan pada Mei 3, 2018 oleh .

Hanya beberapa hari yang lalu kami melaporkan ramalan iPhone 2018 tidak akah dijual dengan penyesuai Lightning ke bicu audio. Ini adalah kerana setelah dua tahun, Apple merasakan semakin ramai pengguna sudah memiliki aksesori audio Bluetooth atau berkepala Lightning. Reaksi dari pembaca Amanz kami lihat adalah negatif.

Kemarahan mungkin akan dapat disurutkan jika ura-ura pagi ini adalah benar. Apple dikatakan mungkin akan menyertakan pengecas pantas dengan setiap pembelian iPhone 2018. Rekaan pengecas 18W bersaiz kecil dengan kepala USB-C ke Lightning tertiris ke laman Weibo minggu ini.

Tahun lalu Apple dikecam kerana pengecas pantas harus diberi berasingan walaupun iPhone 8, 8 Plus dan X menyokong pengecasan pantas. Hanya pengecas 5W disertakan dengan setiap pembelian. Dengan kabel USB-C ke Lighining pula, ini akan membolehkan sambungan ke MacBook dan MacBook Pro baru dilakukan tanpa memerlukan penyesuai.


TIPS & ULASAN