Carian
Xiaomi Melancarkan Yeelight Eye Lamp Pro – Lampu Meja Pintar Dengan Teknologi SunLike
May 3, 2018 Fahim Zahar

Yeelight adalah anak syarikat Xiaomi yang menghasilkan produk-produk pintar berasakan LED untuk ekosistem Mi Home. Produk-produk Yeelight adalah seperti mentol, lampu meja, lampu siling ataupun lampu tidur. Hari ini, mereka melancarkan Yeelight Eye Lamp Pro iaitu lampu meja yang menjamin kesihatan dan keselamatan mata.

Yeelight Eye Lamp Pro ini menggunakan teknologi SunLike yang boleh melindungi mata pengguna. Cahaya yang lampu ini hasilkan adalah hampir sama dengan cahaya semula jadi, oleh itu cahaya yang dipancarkan memberi keselesaan pengguna. Lampu meja ini mempunyai satu pemberat di bawah yang juga mempunyai kawalan sesentuh untuk melaras kecerahan lampu. Selain itu ia ia turut mempunyai lengan boleh dilipat untuk mengubah sudut lampu dan lampu LEDnya mempunyai rekaan bulat seakan cermin.

Sama seperti lampu Yeelight lain, ia turut boleh dikawal dalam aplikasi Yeelight tersendiri ataupun diselarikan dengan aplikasi Mi Home. Lampu ini mula dijual hari ini melalui laman biayasama Youpin pada harga RMB599 (~RM370) sahaja

Komen