IDC – Samsung Masih Pengeluar Dengan Pegangan Pasaran Terbesar Suku Pertama 2018 Diikuti Oleh Apple Dan Huawei

IDC – Samsung Masih Pengeluar Dengan Pegangan Pasaran Terbesar Suku Pertama 2018 Diikuti Oleh Apple Dan Huawei

Diterbitkan pada Mei 3, 2018 oleh .

Semalam Apple mengumumkan mereka berjaya menjual lebih 52.2 juta iPhone pada suku pertama 2018. Ini adalah peningkatan berbanding 50.7 juta unit yang terjual pada suku pertama 2017. Bagaimana pula dengan jualan pengeluar lain? Menurut laporan terkini IDC, Samsung masih lagi pengeluar dengan pegangan pasaran terbesar pada suku pertama 2019 dengan jualan 78.2 juta peranti.

Ini bersamaan dengan pegangan 23.5% pasaran. Sungguhpun begitu jualan mereka menyusut berbanding 80.2 juta peranti pada suku yang sama 2017. Apple di tangga kedua dengan pegangan 15.6% diikuti oleh Huawei (11.8%), Xiaomi (8.4%) dan Oppo (7.1%).

Apple, Huawei dan Xiaomi semuanya mencatatkan peningkatan jualan. Oppo senasib dengan Samsung kerana penyusutan jualan. Bagi China angka jualan ini pastinya membanggakan kerana tiga dari lima pengeluar terbesar perantu dunia adalah dari negara mereka.


TIPS & ULASAN