Cari @ Amanz

Di acara pengumuman Taiwan Excellence Intercollege Battleground, pihak Acer Malaysia juga turut membuat pengumuman mengenai beberapa produk yang dilihat bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Salah satu daripada laptop tersebut ialah Acer Nitro 5, yang sebelum ini dikatakan bakal hadir dengan CPU AMD Ryzen 5 dan 7, dan juga kad grafik AMD Radeon RX 560. Menurut Jeffrey Lai, pengurus pemasaran Acer Malaysia, laptop Acer Nitro 5 ini akan dibawa masuk ke pasaran tempatan bulan ini, tetapi harganya masih belum ditetapkan lagi.

Laptop Acer Predator Helios 300 juga dikatakan bakal menerima kemaskini CPU Intel Coffee Lake, disamping diberikan kemaskini penyejuk Aeroblade 3D. dan akan hadir di pasaran pada bulan Jun kelak. Dari segi grafik, laptop ini masih mengekalkan lagi penggunaan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060.

Sebuah lagi laptop yang dilihat bakal memasuki pasaran ialah Acer Predator Helios 500, sebuah laptop bersaiz 17.3 inci yang mempunyai spesifikasi yang cukup berkuasa sekali, termasuklah pilihan CPU Intel Core i9-8950HK dan juga Intel Core i7-8750H yang akan hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 pada bulan Jun tidak lama lagi.

Buat masa ini, tanda harga untuk kesemua laptop-laptop ini belum diumumkan lagi, dan jika tarikh kemasukan yang ditunjukkan adalah untuk pasaran tempatan ataupun tidak, kecuali untuk laptop Acer Nitro 5 yang sudahpun dikatakan akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd