Cari @ Amanz

Storan luaran SSD nampaknya semakin menular kebelakangan ini, dengan pelbagai golongan profesional inginkan sebuah storan yang bukan sahaja mudah dibawa, tetapi juga cukup pantas untuk digunakan untuk tujuan kerja dimana-mana sahaja.

Sony merupakan jenama terkini untuk memperkenalkan storan SSD luaran ini, dan siri storan ini dinamakan Sony SL-E, yang hadir dengan rekaan minimalis yang cukup terkenal dikalangan peranti-peranti Sony sebelum ini.

Storan SL-E ini hadir dengan rekaan cangkerang plastik berwarna hitam, dan dilengkapi dengan port USB 3.1 Type-C dan kabel USB Type-A yang boleh digunakan dengan pelbagai peranti yang berbeza, termasuklah komputer riba, PC, kamera dan sebagainya.

Dari segi storan, Sony SL-E ini hadir dengan tiga model dengan jumlah storan yang berbeza, termasuklah 240GB, 480GB dan juga 960GB, dan Sony berkata bahawa setiap storan SL-E ini hadir dengan kelajuan penghantaran data 540MB/s (baca) dan 520MB/s (menulis).

Kesemua storan Sony SL-E ini akan tiba di pasaran antarabangsa pada harga bermula €169 /£149 untuk storan bersaiz 240GB, €289 /£249 untuk storan bersaiz 480GB dan €499 /£429 untuk storan bersaiz 960GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd