Anda Dinasihatkan Untuk Mengubah Kata Laluan Akaun Twitter Anda Sekarang

Anda Dinasihatkan Untuk Mengubah Kata Laluan Akaun Twitter Anda Sekarang

Diterbitkan pada Mei 4, 2018 oleh .

Twitter hari ini menasihatkan supaya kesemua lebih 300 juta pengguna perkhidmatan Twitter supaya mengubah kata laluan mereka, disebabkan oleh semua pepijat baru yang ditemui oleh Twitter.

Menurut Twitter, daripada semakan mereka baru-baru ini, sebuah pepijat baru ditemui yang telah menyimpan kata laluan didalam log dalaman mereka tanpa dilindungi. Twitter mengatakan mereka telah mengatasi masalah pepijat berkenaan, dan kini menasihatkan para pengguna seluruh dunia supaya mengubah kata laluan mereka.

Twitter turut menekankan yang mana tiada sebarang pihak yang memecah masuk atau menyalah-gunakan data berkenaan. Ini adalah lebih kepada kesalahan ketika menyimpan kata laluan dalam sistem mereka.

Kebiasaannya simpanan kata laluan akan melalui sebuah proses dinamakan hashing, dimana ia akan mengubah kata laluan kepada sebuah set teks yang rawak untuk disimpan pada sistem. Namun, disebabkan pepijat berkenaan, ia tidak melalui proses hashing berkenaan, dan menyimpan kata laluan seperti biasa pada sistem Twitter berkenaan.

Disebabkan oleh masalah ini, Twitter kini mengalakkan pengguna perkhidmatan mereka supaya mengubah kata laluan, selain turut mengaktifkan sekuriti dwi-faktor pada perkhidmatan sosial berkenaan.


TIPS & ULASAN