YouTube Kini Mempunyai Lebih 1.8 Bilion Penonton Berdaftar Setiap Bulan

YouTube Kini Mempunyai Lebih 1.8 Bilion Penonton Berdaftar Setiap Bulan

Diterbitkan pada Mei 4, 2018 oleh .

YouTube merupakan perkhidmatan perkongsian video paling popular di dunia, dan melalui statistik terkini yang dikongsikan pihak Google, ia dilihat YouTube mempunyai lebih 1.8 bilion penonton setiap bulan.

Angka yang dikongsikan oleh YouTube ini adalah berdasarkan kepada angka pengguna yang mengakses perkhidmatan YouTube yang log masuk ke akaun mereka sahaja – dan tidak mengira pengguna yang mengakses YouTube tanpa log masuk ke akaun. Ini, sekaligus memberikan petanda yang mana YouTube mempunyai lebih pengguna daripada itu.

Sebelum ini, pihak Google turut pernah berkongsi yang mana lebih 400 jam video dimuat-naik ke perkhidmatan berkenaan pada setiap minit.

Dengan populariti YouTube yang meningkat dari hari ke hari, mereka juga turut melihat kepada pelbagai perkara dari segi pembangunan komuniti, dan mengurangkan kadar penyalahgunaan platform mereka dengan memuat-naik kandungan yang melanggar polisi perkhidmatan berkenaan.


TIPS & ULASAN