Carian
Instagram Payment Ditambah – Ingin Memudahkan Anda Membeli Tanpa Meninggalkan Aplikasi
May 4, 2018 Aman

Instagram hari ini dilihat telah menambah sebuah ciri baru pada perkhidmatan mereka, dinamakan Payment. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menambah kad kredit atau debit merek – sekaligus menggunakan akaun mereka dengan mudah untuk melakukan pembelian terus pada perkhidmatan sosial berkenaan.

Melalui tetapan Instagram hari ini, pengguna akan mula melihat sebuah pilihan baru dinamakan Payments. Melaluinya, anda boleh melihat apakah pembelian yang telah dilakukan (sekiranya ada), selain turut menambah kad kredit atau debit ke akaun anda.

Instagram Payment

Dengan adanya ciri ini, Instagram sekaligus ingin memudahkan pelbagai proses transaksi dan e-dagang berlaku pada perkhidmatan mereka tanpa pengguna perlu meninggalkannya. Langkah ini juga secara tidak langsung menjadikan Instagram sebagai salah satu dompet digital anda.

Sebagai contoh, seseorang penjual barangan boleh menawarkan produk mereka melalui Instagram, dan bagi yang berminat boleh terus menyemaknya serta membeli pada perkhidmatan berkenaan tanpa perlu meninggalkannya.

Buat masa ini, profil Instagram dengan kebolehan untuk menjual produk masih lagi terhad. Kita mungkin akan dapat melihat pihak Instagram memperluaskan penawarannya dalam bulan-bulan akan datang, sekaligus menjadikan Instagram salah satu platform e-dagang yang popular.

Komen