Cari @ Amanz

Pasaran jam tangan pintar didominasi oleh Apple Watch. Tetapi pengeluar lain masih belum bersedia mengibarkan bendera  kerana ia Apple Watch masih lagi mempunyai beberapa kelemahan. Huawei nampaknya mempunyai idea menarik bagi membezakan jam tangan pintar mereka dengan pesaing mereka.

Sebuah paten telah difailkan oleh Huawei Disember tahun lalu dimana tali jam mempunyai panel sesentuh terbina. Tali jam tangan ini boleh berfungsi sebagai pengawal permainan untuk mengawal permua, menjadi papan kekunci dan mengawal fungsi zoom pada skrin.

Bagi kami fungsi menjadi alat pengawal permainan paling menarik kerana tidak pernah dilakukan pengeluar lain serta tiada halangan jari pada skrin jam tangan pintar yang kecil. Paten baru ini adalah kesinambungan kepada paten kawalan jam tangan pintar yang mereka failkan sebelum ini.

Di pasaran kini sudah wujud telefon pintar untuk permua, mungkin dalam masa terdekat akan wujud pula jam tangan pintar yang direka khas untuk peminat permua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd