Carian
Android Oreo Dengan Sokongan Project Treble Sedang Diuji Untuk Honor 8
May 4, 2018 Fahim Zahar

Honor 8 adalah peranti kelas utama Honor pada tahun 2016. Ia adalah alternatif kepada Huawei P9, dengan sokongan dwi-kamera RGB dan Mono serta menawarkan harga yang sangat berpatutan. Sudah dua tahun umur peranti ini ia masih lagi menjalankan Android Nougat dengan antaramuka EMUI 5.0. Ini adalah kerana, sebelum ini pihak Honor India secara rasminya mengesahkan Android Oreo tidak dapat diberikan kerana spesifikasi dalam Honor 8 tidak sesuai.

Walau bagaimanapun, mereka menjanjikan bakal memberi kemaskini EMUI 8.0 untuk peranti itu walaupun ia berasaskan Android lama. Semalam, melalui kicauan @dkionline beliau mengesahkan Honor 8 bakal menerima kemaskini EMUI 8.0 berasaskan Android Oreo dengan sokongan Project Treble. Beliau menemui barisan kod yang mengesahkan perkara ini dalam firmware terkini versi China untuk Honor 8.

Ini bermakna, tidak lama lagi pengguna Honor 8 bakal menerima kemaskini ini dengan ciri Android Oreo seperti picture-in-picture, antaramuka baru dan banyak lagi. Bagi pengguna yang berani mencuba firmware China ini, anda boleh muat turun fail di bawah dan flash pada peranti anda.

Komen