Kemaskini Windows 10 Menyebabkan Chrome Gagal Berfungsi

Kemaskini Windows 10 Menyebabkan Chrome Gagal Berfungsi

Diterbitkan pada Mei 4, 2018 oleh .

Kemaskini April untuk Windows 10 mula diterima minggu ini. Ia sepatutnya membawakan beberapa penambahbaikan tetapi sebaliknya berlaku kepada beberapa pengguna. Sebagai contoh pelayar Chrome gagal berfungsi dan begitu juga dengan fungsi Hey Cortana milik Microsoft sendiri.

Pihak Microsoft sudah menyedari masalah ini dan akan memberikan kemaskini bagi menyelesaikannya.  Sebagai langkah sementara mereka berkongsi tip untuk menyelesaikan masalah ini. Pada dekstop tekan butang Windows + Ctrl + Shift + B. Pada tablet pula tekan butang menaikkan dan menurunkan suara serentak sebanyak tiga kali dalam masa dua saat. Akhir sekali pada komputer riba tutup dan buka penutup skrin. Tampalan untuk menyelesaikan masalah ini dijangka tiba seawal 8 Mei ini.


TIPS & ULASAN