Kenderaan Terbang Surefly Berjaya Melakukan Ujian Penerbangan Pertama

Kenderaan Terbang Surefly Berjaya Melakukan Ujian Penerbangan Pertama

Diterbitkan pada Mei 4, 2018 oleh .

Pada Jun tahun lalu kenderaan terbang Surefly diperlihatkan kepada umum. Ia sebuah lagi kenderaan terbang dengan rekaan quadrotor yang cuma menjadikan impian fiksyen sains menjadi realiti. Berbeza dengan kenderaan terbang lain yang sudah memulakan ujian, Surefly mempunyai kipas yang boleh dilipat bagi menjimatkan ruang dan adalah kenderaan hibrid elektrik/bahan api fosil.

Surelfly telah berjaya melakukan penerbangan pertamanya semalam yang dikawal oleh seorang juruterbang. Ia hanya terapung setinggi beberapa kaki selama beberapa minit dalam penerbangan sulungnya. Menurut Workhorse Group yang  membangunkan Surefely, mereka mensasarkan harga jualan sekitar $200,000 (~RM 787000) sebuah untuk kenderaan terbang mereka.

Lapan motor elektrik yang digunakan menerima bekalan kuasa dari generator bahan api fosil. Sekiranya berlaku kerosakan pada generator, terdapat bekalan kuasa bateri selama lima minit untuk melakukan pendaratan kecemasan. Sekiranya ini juga gagal sistem payung terjun akan memastikan keselamatan penumpang. Pihak Surefly menyasarkan permulaan operasi seawal 2019.


TIPS & ULASAN