Google Dilaporkan Akan Memberikan Nafas Baru Untuk Google News

Google Dilaporkan Akan Memberikan Nafas Baru Untuk Google News

Diterbitkan pada Mei 4, 2018 oleh .

Arena penerbitan digital semakin mendapat perhatian pada tahun ini. Dengan pihak Facebook yang kurang memberikan perhatian kepada para penerbit dan membuat perubahan pada Facebook Pages, beberapa pihak lain kini memberikan perhatian kepada para penerbit digital.

Sebelum ini, kita telah mendengar Apple yang akan memberikan nafas baru untuk Apple News, dan kini laporan baru hadir mengatakan Google turut akan memberikan nafas baru untuk Google News.

Google News baru ini kelak dikatakan bakal mengintegrasikan sokongan majalah digital Google Newsstand, selain turut menyertakan bahagian berita dari YouTube. Disamping itu, ia turut akan menggunakan teknologi AMP untuk memudahkan artikel dimuatkan dengan pantas ke peranti pengguna.

Google News juga dijangka akan menyertakan rekaan antaramuka yang baru pada web dan juga aplikasi mudah-alih.

Google dijangka akan mengumumkan perubahan baru ini seawal Google I/O kelak.


TIPS & ULASAN