Filem KL Special Force Kini Boleh Distrim Menerusi iFlix

Filem KL Special Force Kini Boleh Distrim Menerusi iFlix

Diterbitkan pada Mei 4, 2018 oleh .

Antara filem yang mendapat sambutan paling hangat di bioskop tahun ini ialah KL Special Force yang dibintangi Rosyam Noor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem ini berjaya mencatatkan kutipan tiket hampir RM 8 Juta ketika ditayangkan pada bulan Mac yang lalu.

Bagi mereka yang terlepas menonton, anda boleh menstrimnya menerusi iFlix minggu ini. KL Special Force bukan satu-satunya filem terbitan Skop Productions yang boleh distrim menerusi iFlix. Anda juga boleh menstrim filem KL Gangster 1 dan 2.

Disamping itu siri KL Gangster Underworld turut akan ditayangkan secara eklusif menerusi iFlix tahun ini.

Layari : iFlix


TIPS & ULASAN