Carian
Samsung Galaxy S10 Dijangka Diperkenalkan Seawal Januari
May 4, 2018 Aman

Samsung menjadi kebiasaan untuk memperkenalkan telefon pintar siri Galaxy S mereka menjelang bulan Februari, tetapi pada tahun hadapan, ia dijangka berubah. Menurut laporan baru daripada TheBell, kini ia dikatakan Galaxy S10 mungkin diperkenalkan pada awal Januari 2019 kelak, pada acara CES 2019.

Ia dikatakan Samsung mengambil langkah ini untuk memberikan ruangan untuk pengenalan telefon pintar boleh-lipat menjelang bulan Februari. Desas-desus mengenai telefon pintar boleh-lipat daripada Samsung ini telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas.

Dengan rekaan peranti yang semakin menyerupai antara satu sama lain, pelbagai pengeluar mencari keunikkan tersendiri untuk menarik perhatian pengguna bagi mendapatkan produk mereka.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai desas-desus mengenai Galaxy S10 ini dalam bulan-bulan akan datang.

Komen