Xiaomi Redmi S2 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di China Pada 10 Mei

Xiaomi Redmi S2 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di China Pada 10 Mei

Diterbitkan pada Mei 4, 2018 oleh .

Lanjutan daripada ketirisan beberapa gambar Redmi S2 sebelum ini, kini pihak Xiaomi telah pun mengeluarkan poster rasmi, sekaligus memperlihatkan yang mana Redmi S2 akan dilancarkan secara rasminya pada 10 Mei kelak.

Redmi S2

Melalui informasi yang diketahui sebelum ini, ia dilihat menyertakan skrin 5.99-inci, dilengkapi cip Snapdragon 625, dan dilihat menyertakan dwi-kamera pada bahagian belakang. Secara kasar, ia dilihat menyerupai rekaan Redmi Note 5, tetapi Redmi S2 dijangka memfokuskan kepada sokongan swafoto.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 10 Mei ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kumpulan sasaran dan ciri-ciri yang menjadi fokus melalui Redmi S2 ini.


TIPS & ULASAN