Cari @ Amanz

Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S10 pada awal tahun 2019 kelak, dan kini ia turut dikatakan yang mana Galaxy S10 kelak akan turut menyertakan pengimbas cap jari secara terbina pada skrin.

Samsung sebelum ini telah berusaha untuk mengintegrasikan pengimbas cap jari pada skrin sejak Galaxy S9 yang lepas, namun mereka menghadapi cabaran dari segi teknikal untuk mengimplementasikannya. Kini, ia dikatakan Samsung akan berusaha menyertakannya pada Galaxy S10 kelak – bersempena dengan ulang-tahun ke-10 siri Galaxy S berkenaan.

Disamping itu, Samsung juga dikatakan mungkin menyertakan modul sensor 3D pada kamera hadapan, untuk menambah-baik imbasan wajah.

Selain Samsung, sejumlah pengeluar lain turut memfokuskan kepada pengimbas cap jari pada telefon pintar. Sebelum ini, kita telah melihat Vivo memperkenalkan pengimbas cap jari pada Vivo X21, selain Huawei pada Huawei Mate RS.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd