Apple iPhone X Dilaporkan Sebagai Telefon Paling Popular Pada Suku Pertama 2018

Apple iPhone X Dilaporkan Sebagai Telefon Paling Popular Pada Suku Pertama 2018

Diterbitkan pada Mei 5, 2018 oleh .

Strategy Analytics merupakan salah satu firma yang sering melakukan pelbagai kajian dan analisa berkaitan jualan peranti mudah-alih. Terkini, mereka telah mengeluarkan data kajian mereka untuk suku pertama 2018, mengatakan sekitar 345 juta peranti telah terjual sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.

Menariknya, menduduki tangga teratas adalah iPhone X daripada Apple, yang dikatakan telah mengeluarkan sebanyak 16 juta unit. Angka ini mungkin mengejutkan ramai – memandangkan pada awalnya ramai yang skeptikal, selain dengan harganya yang tinggi yang membuatkan ramai berkira-kira untuk mendapatkannya.

Strategy Analytics Q1 2018

Apa yang mengejutkan lagi melalui data Strategy Analytics ini adalah model yang menduduki tangga ke-2 hingga ke-4 juga adalah model daripada Apple, iaitu masing-masing iPhone 8 (12.5 juta unit), iPhone 8 Plus (8.3 juta unit), dan juga iPhone 7 (5.6 juta unit). Dengan gabungannya, ia dilihat yang mana Apple memegang taktha dihadapan dengan empat daripada enam model popular pada suku pertama 2018 adalah iPhone.

Pada tangga ke-5 adalah Redmi 5A daripada Xiaomi yang dikatakan terjual 5.4 juta unit, dan seterusnya, pada tangga ke-6 adalah Samsung Galaxy S9 Plus yang dikatakan telah terjual 5.3 juta unit. Ia dikatakan Samsung mulakan jualan Galaxy S9 pada penghujung suku pertama 2018, tetapi angka awal mereka sudah memperlihatkan permintaan yang agak baik.

Dengan arena telefon pintar yang semakin bersaing sengit dari segi penawaran model dan ciri-ciri, semestinya agak menarik untuk melihat data suku kedua 2018 kelak untuk melihat apakah model-model yang popular pada peringkat global.


TIPS & ULASAN