Huawei Mengemaskini Harga Jualan Nova 2i Kepada RM999

Huawei Mengemaskini Harga Jualan Nova 2i Kepada RM999

Diterbitkan pada Mei 5, 2018 oleh .

Huawei kini mengumumkan kemaskini harga jualan untuk salah satu telefon pintar popular mereka dibawah siri Nova, iaitu Nova 2i. Peranti yang dijual pada harga RM1099 sebelum ini, kini dikemaskini dan telah mula ditawarkan pada harga jualan rasmi RM999.

Huawei Nova 2i hadir dengan skrin 5.9-inci, dilengkapi cip Kirin 659, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera hadapan gabungan 13MP + 2MP, selain kamera belakang 16MP + 2MP.

Harga RM999 ini adalah harga jualan rasmi daripada pihak Huawei Malaysia, dan tidak mustahil kita akan dapat melihat beberapa penjual menawarkannya pada harga lebih rendah daripada itu bermula hari ini.


TIPS & ULASAN