Cari @ Amanz

Apple sebelum ini, pada iOS 11 sedia hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru pada iPad yang memfokuskan produktiviti, termasuk aplikasi Files. Kini, desas-desus baru hadir mengatakan iOS 13 turut sekali lagi akan memfokuskan kepada ciri produktiviti pada iPad.

Menurut perkongsian Mark Gurman, ia dikatakan iOS 13 kelak akan dikenali dengan nama kod “Yukon”, yang mana akan menawarkan kemaskini untuk aplikasi Files, selain turut menyertakan sokongan seumpama tab dalam aplikasi di MacOS. Apple turut dijangka menawarkan kemaskini pada rekaan skrin utama di iPad, selain penambah-baikkan pada sokongan Apple Pencil.

iOS 13 dijangka hanya akan hadir pada 2019 kelak. Terlebih awal daripadanya, Apple dijangka berkongsi lanjut mengenai iOS 12 yang akan hadir pada 2018 ini pada acara WWDC bulan Jun kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd