Carian
Pelancaran Vine 2.0 Telah Ditangguhkan
May 6, 2018 Effi Saharudin

Pada penghujung tahun lalu, Dom Hoffman yang merupakan salah seorang pengasas Vine telah memperlihatkan imej acah untuk Vine 2.0. Beliau ingin menghidupkan semula laman perkongsian video pendek selama 6 saat yang diambil alih oleh Twitter sebelum dihentikan perkhidmatannya.

Ramai pengguna Vine menyambut baik rancangan beliau kerana Vine masih lagi popular. Semalam Dom Hoffman memuat naik status terkini dan mengumumkan pelancaran Vine 2.0 terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang tidak diketahui atas sebab kewangan. Bayaran guaman setakat ini terlalu tinggi dan laman ini tidak boleh dilancarkan semula tanpa menerima pembiayaan luaran. Selagi ini tidak dapat dilakukan, pelancaran laman akan ditangguhkan untuk masa yang lama.

Komen