Pengguna iPhone 7 Dan 7 Plus Melaporkan Masalah Mikrofon Selepas Kemaskini iOS 11.3

Pengguna iPhone 7 Dan 7 Plus Melaporkan Masalah Mikrofon Selepas Kemaskini iOS 11.3

Diterbitkan pada Mei 6, 2018 oleh .

Mikrofon ialah komponen penting pada sesebuah telefon. Tanpanya panggilan telefon dan kawalan suara menggunakan pembantu maya tidak boleh dilakukan. Kemaskini iOS 11.3 yang diterima iPhone membawakan fungsi memeriksa kesihatan bateri. Tetapi bagi sebilangan kecil pengguna iPhone 7 dan 7 Plus ia menyebabkan mikrofon peranti gagal berfungsi.

Berita buruk bagi pemilik dua peranti ini ialah masalah rawak ini tidak boleh dibaiki menggunakan perisian. Kerosakan fizikal berlaku dan ia hanya boleh diselesaikan dengan menghantar peranti ke pusat khidmat pelanggan bertauliah. Pihak Apple telah mengeluarkan memo dalaman mengenai isu ini menurut laporan MacRumors namun kenyataan rasmi masih belum dilakukan. Di dalam memo tersebut proses menggantikan mikrofon yang rosak akan ditanggung oleh Apple sepenuhnya.

Kami bernasib baik tidak mengalami masalah ini selepas kemaskini iOS 11.3 Bagaimana pula dengan pengguna iPhone 7 dan 7 Plus di kalangan pembaca Amanz?


TIPS & ULASAN