Cari @ Amanz

Gboard merupakan salah satu aplikasi papan kekunci untuk peranti Android, dimana Gboard hadir terus daripada pihak Google. Papan kekunci maya Gboard ini sedia diminati ramai kerana mudah digunakan dengan rekaan yang menarik, selain integrasi sokongan GIF dan sebagainya.

Kini, Gboard turut menguji sebuah ciri baru melalui versi beta aplikasi mereka, iaitu kebolehan untuk pengguna membuat GIF mereka sendiri melaluinya.

Gboard GIF

Untuk melakukannya, anda hanya perlu mengakses ruangan berkongsi GIF, dan anda akan melihat pilihan untuk membuat GIF anda sendiri melaluinya. Sokongan ini dijayakan dengan menggunakan kamera pada peranti anda, dimana anda boleh merakamkan apa yang anda inginkan, dan kemudian menambah sedikit kesan sebelum berkongsi dengan rakan-rakan anda yang lain.

Buat masa ini, ciri ini diuji pada peringkat beta, dan mungkin diperluaskan kepada semua pengguna tidak lama lagi.

Sekiranya anda ingin mengujinya, boleh membuka halaman Gboard melalui Google Play di peranti mudah-alih anda, dan menyertai Gboard Beta dengan menatal pada bahagian bawah halaman Gboard berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd