Google Lens Kini Hadir Pada OnePlus 3/3T/5/5T Secara Rasmi

Google Lens Kini Hadir Pada OnePlus 3/3T/5/5T Secara Rasmi

Diterbitkan pada Mei 7, 2018 oleh .

Google Lens adalah salah satu kaedah mencari informasi secara visual melalui Google Photos dan Google Assistant. Ia menggunakan kamera peranti untuk mencari maklumat dan data-data yang diberikan adalah daripada pembelajaran mesin Google.

Fungsi ini sebelum ini hadir khusus untuk peranti Google Pixel sahaja. Namun pada Mac 2018, Google mula mengaktifkan fungsi ini pada semua peranti Android melalui kemaskini Google Photos. Ia diaktifkan secara berperingkat berdasarkan versi Android dan juga pengeluar peranti. Semalam, peranti OnePlus 3, 3T, 5 dan 5T kini boleh menggunakan fungsi ini tanpa sebarang masalah.

Bagi pengguna OnePlus, anda boleh cuba akses Google Lens ini melalui Google Photos dan/atau Google Assistant untuk mula menggunakannya.


TIPS & ULASAN