Cari @ Amanz

Kerentanan Meltdown dan Spectre terus membelenggu para pengguna komputer Intel, dan pelbagai pihak, termasuklah Intel, Microsoft dan sebagainya sedang bekerja keras untuk mengekang masalah ini.

Terkini, nampaknya ASUS telahpun hadir dengan kemaskini BIOS untuk papan induk siri 9, yang menggunakan CPU Intel generasi keempat dan kelima Haswell dan Broadwell.

Kemaskini ini telah diuji menggunakan papan induk ASUS Z97-A, dan melalui perisian pengesanan InSpectre, ia didapati bahawa kemaskini BIOS tersebut melindungi pengguna CPU ini daripada kerentanan Meltdown dan Spectre.

Akan tetapi, kemaskini ini dilihat mempunyai label Beta, kerana terdapat kebarangkalian bahawa kemaskini ini tidak akan berkesan, ataupun kemaskini tersebut akan memberikan masalah kepada pengguna-pengguna komputer tersebut.

Satu lagi sebab mengapa ini berlaku ialah kerana tarikh waranti untuk papan-papan induk ini berkemungkinan sudahpun luput, dan mereka mahu mengurangkan kebarangkalian perlu menggantikan papan induk tersebut.

Kemaskini BIOS untuk papan induk ASUS siri 9 ini boleh dimuat turun di laman web papan induk ASUS dibawah bahagian “Support”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd