Siri Q daripada LG adalah siri telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan. Ia mempunyai rekaan yang hampir sama dengan siri G dan menawarkan harga yang berpatutan. LG Q6 adalah peranti pertama di dalam siri Q dan ia dilancarkan pada tahun lepas selepas pelancaran LG G6. LG kini meneruskan siri Q dengan LG Q7.
Would you be disappointed if the LG Q7 LM-Q610 is powered by a MediaTek-SoC (Q6 had Qualcomm SD430)? You better not be, cause it is.
— Roland Quandt (@rquandt) May 5, 2018
Menurut Ronald Quandt, LG Q7 akan dijana dengan cip pemproses Mediatek dan bukannya Snapdragon seperti yang hadir pada LG Q6 pada tahun lepas. Menurut ura-ura juga, LG Q7 dikatakan bakal meneruskan dengan skrin dengan nisbah 18:9 dan bakal menawarkan harga yang berpatutan.
Maklumat lanjut mengenai LG Q7 masih belum diketahui. Jika kita ikut tarikh pelancaran LG Q6 tahun lepas, Q7 mungkin akan dilancarkan pada bulan Julai. Sama-sama kita nantikan.