Valentino Adalah Peranti Misteri Xiaomi Yang Dijana Cip Pemproses Snapdragon 638

Valentino Adalah Peranti Misteri Xiaomi Yang Dijana Cip Pemproses Snapdragon 638

Diterbitkan pada Mei 11, 2018 oleh .

Xiaomi adalah satu jenama daripada China yang kini popular kerana harga peranti yang ditawarkan adalah berbaloi untuk dimiliki. Selain itu, Xiaomi turut kerap menjadi pengeluar yang pertama yang menggunakan sesuatu cip pemproses. Antaranya ialah Redmi Note 5 dengan cip pemproses Snapdragon 636.

Kini, tertiris di laman penanda aras Geekbench sebuah peranti Xiaomi dengan kod nama “Valentino” diperlihatkan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 638. Maklumat jelas mengenai cip pemproses ini masih tidak jelas, apa yang tersenarai di laman Geekbench hanyalah kelajuan cip pada kadar 1.44GHz dan ia mempunyai lapan teras. Ini bukanlah kali pertama Xiaomi dilihat sebagai pengeluar pertama yang menggunakan sesuatu cip pemproses Snapdragon. Sebelum ini Xiaomi pernah menguji cip Snapdragon siri 7xx pertama pada peranti dengan kod nama Sirius dan Comet.

Spesifikasi lain mengenai peranti misteri Xiaomi ini adalah ia mempunyai memori sebanyak 6GB RAM dan menjalankan Android Oreo 8.1. Maklumat lain masih belum didedahkan, oleh itu sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN