Kini, Lebih 700 Juta Peranti Menjalankan Windows 10

Kini, Lebih 700 Juta Peranti Menjalankan Windows 10

Diterbitkan pada Mei 8, 2018 oleh .

Windows 10 merupakan sistem operasi terbaru daripada Microsoft, yang telah dilancarkan pada awalnya pada 2015 yang lepas. Sejak daripadanya, ia telah menerima sejumlah kemaskini, dan paling terbaru adalah Windows 10 April 2018 Update.

Menyentuh mengenai angka pengguna Windows 10, Microsoft hari ini mengumumkan yang mana sistem operasi berkenaan kini digunakan pada lebih 700 juta peranti seluruh dunia.

Microsoft pada awalnya, menyasarkan Windows 10 digunakan pada lebih 1 bilion peranti menjelang 2018 – namun, dengan ketiadaan lagi telefon pintar Windows, ia berkembang pada kadar sedikit perlahan. Angka 700 juta peranti ini sendiri boleh dikatakan antara pencapaian yang baik, dan meningkat naik dengan positif dari hari ke hari.

Selain daripada itu, Microsoft turut mengumumkan yang mana pelanggan Office 365 kini mempunyai lebih 135 juta pengguna aktif setiap bulan.


TIPS & ULASAN