Penganalisa Sekali Lagi Meramalkan iPhone 2019 Bakal Dilengkapi Sistem Tri-Kamera

Penganalisa Sekali Lagi Meramalkan iPhone 2019 Bakal Dilengkapi Sistem Tri-Kamera

Diterbitkan pada Mei 8, 2018 oleh .

iPhone X memulakan trend rekaan skrin bertakuk yang menjadi kegilaan di pasaran sekarang. Huawei P20 Pro pula mungkin akan memulakan trend baru penggunaan tri-kamera utama dan telahpun diikuti oleh Leagoo. Sebelum ini kami laporkan terdapat ura-ura iPhone 2019 juga  bakal menggunakan sistem tri-kamera.

Terkini laporan dari Taipei Times memetik penganalisa Yuanta Securities yang sekali lagi meramalkan iPhone 2019 akan dilengkapi sistem tri-kamera. Ia mungkin turut hadir dengan sistem zoom optikal sehingga 3X. Sebagai peranti yang kerap diiklankan dengan kamera terbaik, Apple pasti tidak mahu berada di dalam bayang Huawei yang semakin hampir di belakang mereka dalam peratusan pegangan pasaran.


TIPS & ULASAN