Tentera Laut Britain Memulakan Ujian Kapal Nyah Ranjau Swalayar

Tentera Laut Britain Memulakan Ujian Kapal Nyah Ranjau Swalayar

Diterbitkan pada Mei 8, 2018 oleh .

Di dalam medan peperangan pelbagai senjata digunakan bagi menghalang pergerakan musuh. Antara senjata terawal digunakan bagi tujuan ini ialah periuk api yang digunakan tentera laut China pada kurun ke-14. Tujuh ratus tahun telah berlalu dan periuk api masih lagi efektif untuk memusnahkan kapal perang musuh. Untuk itu kapal nyah ranjau digunakan oleh tentera laut seluruh dunia bagi mengesan dan memusnahkan periuk api.

Tentera Laut Britain kini memulakan ujian kapal nyah ranjau swalayar pertama mereka. Sebuah kapal swalayar sepanjang 11 meter menunda tiga alat pengesan periuk api digunakan bagi tujuan ini. Dengan penggunaan kapal swalayar, tiada lagi keperluan menggunakan kapal nyah ranjau bersaiz besar yang bukan sahaja menelan belanja operasi yang tinggi malahan meletakkan nyawa kelasi dalam bahaya.

Kelebihan sistem yang diuji ini  ialah ia boleh mengesan periuk api digital yang tidak disokong pada kapal nyah ranjau semasa. Pada waktu yang sama saiznya yang kecil membolehkan ia diterbangkan ke medan perang dengan pantas tanpa perlu menunggu berhari-bari sebelum tiba ke perbatasan.

Keseluruhan sistem menelan belanja £13 juta (~70 Juta) untuk dibangunkan. Pihak Kementerian Pertahanan Britain berharap ia akan memulakan operasi sepenuhnya pada tahun 2019 sekiranya ia berjaya melepasi ujian.


TIPS & ULASAN