Microsoft Kelak Akan Memudahkan Anda Mengakses “Timeline” Daripada Peranti Android Dan iPhone

Microsoft Kelak Akan Memudahkan Anda Mengakses “Timeline” Daripada Peranti Android Dan iPhone

Diterbitkan pada Mei 8, 2018 oleh .

Microsoft melalui Windows 10 April 2018 Update hadir dengan sokongan baru yang dinamakan sebagai Timeline. Ia memudahkan pengguna untuk mengetahui apakah aplikasi yang pernah dijalankan, dan sambung menggunakannya dari mana anda hentikan.

Kini, selain daripada hanya pada komputer, Microsoft dilihat turut ingin membawa ciri lebih kurang sama ke peranti mudah-alih. Untuk peranti Android, Microsoft bakal menawarkannya melalui Microsoft Launcher, sementara untuk pengguna iPhone melalui Microsoft Edge.

Informasi penuh mengenai ciri ini dijangka dikongsikan oleh Microsoft kelak pada acara BUILD hari kedua hari ini.


TIPS & ULASAN