Twitter Dilihat Sedang Menguji Sistem Mesej Dengan Teknologi Penyulitan Yang Dinamakan Secret Conversation

Twitter Dilihat Sedang Menguji Sistem Mesej Dengan Teknologi Penyulitan Yang Dinamakan Secret Conversation

Diterbitkan pada Mei 8, 2018 oleh .

Sistem penyulitan mesej bukanlah sesuatu yang baru. Aplikasi-aplikasi permesejan seperti WhatsApp, Telegram, Line dan sebagainya semuanya menggunakan teknologi penyulitan untuk memastikan bahawa mesej-mesej pengguna tidak boleh dibaca oleh parti ketiga.

Baru-baru ini, sebuah APK aplikasi Twitter For Android telah ditemui oleh Jane Manchun Wong, dan melalui APK tersebut, ia dilihat bahawa Twitter sedang menguji sebuah ciri Direct Messaging baru yang disulitkan yang dinamakan Secret Conversation.

Ciri Secret Conversation ini dilihat boleh diakses melalui menu Conversation pengguna yang pada masa ini masih belum hadir lagi, dan melalui menu ini, pengguna boleh memilih untuk memulakan Secret Conversation bersama pengguna tersebut, yang dilihat sebagai ciri Direct Message sulit dari Twitter.

Buat masa ini, Twitter masih belum mengesahkan apa-apa mengenai ciri baru ini, termasuklah teknologi penyulitan yang digunakan, dan juga bilakah para pengguna Twitter akan mendapat ciri baru ini.


TIPS & ULASAN