Youtube Menguji Sokongan Gambar-Dalam-Gambar Tanpa Langganan YouTube Red

Youtube Menguji Sokongan Gambar-Dalam-Gambar Tanpa Langganan YouTube Red

Diterbitkan pada Mei 10, 2018 oleh .

Sejak Android Oreo 8.0 diperkenalkan, antara ciri menarik adalah mod gambar-dalam-gambar (picture-in-picture) yang terbina. Walau bagaimanapun, mod  gambar-dalam-gambar untuk YouTube memerlukan langganan YouTube Red yang hanya terdapat di beberapa negara terpilih seperti Amerika Syarikat.

Terkini, Google dilihat sedang menguji mod gambar-dalam-gambar  ini pada YouTube tanpa sebarang langganan YouTube Red. Selain daripada mod gambar-dalam-gambar, mod ini juga mampu memainkan audio daripada video YouTube di latar. Ujian gambar-dalam-gambar ini adalah berasaskan kemaskini server dan tidak semua akan dapat mencuba fungsi ini.

Jika ujian ini berjaya, pengalaman YouTube pada peranti Android Oreo lebih menarik. Namun begitu, maklumat lanjut mengenai fungsi ini belum didedahkan secara rasmi dan negara mana yang bakal menerima fungsi ini juga masih belum diketahui. Sama-sama kita nantikan fungsi ini diumumkan oleh Google tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN