Cari @ Amanz

WhatsApp sedia membolehkan video daripada YouTube dimainkan dalam bentuk Picture-in-Picture terus pada aplikasi WhatsApp, sekaligus membolehkan anda menonton video daripada YouTube tanpa perlu meninggalkan aplikasi permesejan berkenaan.

WhatsApp PIP

Kini, selain daripada hanya untuk YouTube, pihak WhatsApp dilihat turut memperluaskan sokongan untuk video Instagram dan Facebook – sekaligus memudahkan pengguna untuk memainkan video daripada kedua-dua platform berkenaan tanpa perlu meninggalkan WhatsApp.

Buat masa ini, ciri ini diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna iPhone sahaja – dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperluaskan untuk pengguna Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd