Linksys Memperkenalkan Router Khusus Untuk Digunakan Dengan Konsol Microsoft Xbox One – Linksys WRT32XB

Linksys Memperkenalkan Router Khusus Untuk Digunakan Dengan Konsol Microsoft Xbox One – Linksys WRT32XB

Diterbitkan pada Mei 8, 2018 oleh .

Router untuk gaming dibina khusus untuk mereka yang mementingkan sambungan Internet kepada perisian permainan atas talian, kerana permainan-permainan video ini bukan sahaja memerlukan bandwidth yang banyak, tetapi juga sela-masa yang rendah untuk memastikan bahawa input mereka cukup pantas untuk memastikan kemenangan.

Linksys, sebuah syarikat yang cukup terkenal untuk peranti rangkaian mereka baru-baru ini dilihat memperkenalkan router dinamakan Linksys WRT32XB, sebuah router yang boleh digunakan khusus bersama-sama dengan konsol permainan video Microsoft Xbox One.

Menurut Linksys, router ini akan mengesan trafik internet secara automatik, dan apabila konsol Xbox One ini dilihat hadir didalam rangkaiannya, ia akan mengutamakan trafik internet untuk memastikan konsol gaming ini,

Dalam pada itu, router WRT32XB ini juga akan mengutamakan trafik untuk komputer-komputer yang menggunakan cip rangkaian Killer yang sedang bermain permainan video atas talian.

Linksys berkata lagi bahawa mereka juga akan hadir dengan kemaskini perisian yang akan membolehkan router WRT32XB ini untuk mengutamakan semua trafik kepada permainan video atas talian tidak kira peranti pada musim panas ini.

Router Linksys WRT32XB ini boleh dibeli di kedai atas talian Amazon.com pada harga $250, dan dengan setiap pembelian router ini, anda akan diberi langganan Xbox Game Pass selama tiga bulan.


TIPS & ULASAN