Kemaskini tampalan sekuriti adalah kemaskini bulanan yang kerap dilihat hadir pada peranti-peranti dengan Android asli seperti Android pada peranti Google, Android One ataupun pada Essential Phone.
Kemaskini untuk bulan Mei ini, kini hadir dengan beberapa pepijat serius telah diperbaiki. Antaranya adalah membaiki masalah pengecasan arus berlebihan pada Pixel XL, membaiki masalah sesentuh pada Android Oreo 8.1 serta beberapa kemaskini sekuriti. Kemaskini ini hadir untuk semua telefon pintar Pixel serta Nexus 6P dan Nexus 5X.
Pengguna boleh lihat maklumat jelas mengenai penambahbaikan yang hadir di buletin Android serta memuat turun fail OTA jika ingin mengemaskini secara manual.