Cari @ Amanz

Ciri avatar pengguna dalam bentuk animasi semakin popular akhir-akhir ini. Selain daripada penawaran kebolehan membuat avatar animasi melalui telefon pintar seperti Samsung Galaxy S9, beberapa perkhidmatan turut menawarkannya. Sebelum ini kita telah melihat Snapchat mengambil-alih Bitmoji untuk mengintegrasikan ciri membuat avatar animasi pengguna tersendiri, dan kini Facebook dilihat akan mengikut jejak.

Ciri baru ini dilihat telah mula dibangunkan melalui kod-kod pembangunan pada aplikasi Facebook untuk Android. Ciri ini dipanggil sebagai Avatar, yang mana membolehkan pengguna menghasilkan sticker untuk digunakan pada Messenger dan ruangan komen di Facebook.

Facebook Avatar

Menggunakan Facebook Avatar ini, pengguna boleh merakamkan gambar, seterusnya membuat sejumlah perubahan dari segi warna kulit, stail rambut dan sebagainya sebelum menghasilkan watak mereka tersendiri.

Langkah ini sekaligus dijangka akan menjadikan pengguna lebih aktif berinteraksi pada perkhidmatan berkenaan – selain memberikan lebih personaliti kepada sticker yang digunakan pengguna.

Ia tidak diketahui lagi bilakah ciri baru ini akan dilancarkan secara rasminya kepada semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd