Cari @ Amanz

Alexa adalah pembantu maya daripada Amazon dan ia adalah saingan kepada Google Assistant. Walaupun Google Assistant dikatakan adalah pembantu maya paling pintar, di Amerika Syarikat, pengguna Alexa adalah lebih ramai. Ini kerana Amazon adalah pengeluar pertama yang hadir dengan pembesar suara pintar yang dikuasakan dengan pembantu digital.

Disebabkan populariti pembesar suara Amazon seperti Echo dan Echo Dot, pembantu digital Amazon Alexa kini boleh ditetapkan sebagai pembantu digital utama dalam peranti Android menggantikan Google Assistant. Dengan integrasi seperti ini, pengguna akan lebih mudah mengawal pembesar suara pintar Echo mereka dengan mudah. Antara ciri yang mereka boleh lakukan adalah, jika pengguna sedang berada di pejabat dan ingin menghantar pesanan suara kepada Echo di rumah pengguna hanya perlu menyebut “Alexa, broadcast a message” atau “Alexa, make a call” tanpa perlu membuka aplikasi Amazon Alexa.

Walau bagaimanapun, Alexa hanya boleh ditetapkan sebagai pembantu digital utama peranti Android anda jika anda berada di negara yang menyokong Alexa secara rasmi. Jika tidak, anda masih perlu membuka aplikasi Amazon Alexa dan membuat arahan suara secara biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd