Gambar OnePlus 6 Sebenar Tertiris – Memperlihatkan Dua Pilihan Warna

Gambar OnePlus 6 Sebenar Tertiris – Memperlihatkan Dua Pilihan Warna

Diterbitkan pada Mei 11, 2018 oleh .

Kehadiran OnePlus 6 kini semakin hangat dinantikan oleh peminat tegar jenama OnePlus. Minggu lepas, spesifikasi OnePlus 6 sudah diketahui melalui laman TENAA. Hari ini tertiris gambar penuh OnePlus 6 dipegang oleh duta OnePlus India, Amitabh Bachan bersama-sama dengan CEO OnePlus Pete Lau.

Gambar OnePlus 6 yang tertiris ini dilihat mempunyai dua warna berbeza iaitu hitam dan putih. Selain itu, rekaan pengimbas cap jarinya pula menggunakan rekaan bujur seperti yang ditemui pada Samsung Galaxy S9 serta mempunyai dwi-kamera disusun menegak. Sebagai peringatan, OnePlus 6 akan menggunakan skrin SAMOLED, pemproses Snapdragon 845, memori 6/8 GB, storan 64/128 GB, kamera utama 20+16MP, kamera hadapan 16MP dan bateri sebesar 3300 mAh. Ia turut menggunakan sistem operasi Android 8.1.

OnePlus 6 akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Mei di London dan akan mula dijual di Pop-Up Store di beberapa lokasi terpilih bermula 21 Mei. Untuk pasaran Malaysia, masih belum diketahui tetapi ia mungkin akan hadir lebih pantas berbanding OnePlus 5/5T sebelum ini.

*Sumber asal, iaitu Twitter rasmi Amitha Bachan telah dipadam dan dikicau semula dengan kicauan baru.


TIPS & ULASAN