Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S9 dan S9+ adalah peranti kelas utama Samsung tahun ini. Ia dikuasakan dengan cip pemproses Exynos 9810, sokongan kalis air IP68, skrin terbaik 2018 setakat ini dan juga mempunyai tetapan kamera dengan lensa yang boleh laras. Terkini daripada Samsung, Galaxy S9 dan S9+ berwarna merah kini boleh dibeli di China.

Sewaktu pelancaran, Samsung hanya memperkenalkan empat pilihan warna sahaja untuk peranti ini iaitu Midnight Black, Coral Blue, Titanium Gray dan Lilac Purple. Keempat-empat warna ini juga memasuki pasaran Malaysia mengikut variasi masing-masing. Warna merah pada Galaxy S9 dan S9+ ini dilihat menyerupai warna Burgundy Red yang hadir pada Samsung Galaxy S8 tahun lepas yang hanya dijual di Korea Selatan.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang info daripada Samsung jika warna ini akan ditawarkan untuk pasaran lain. Jika ia hadir di Malaysia, adakah anda akan membelinya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd