Fortnite Battle Royale Menambah Mod Infinity Gauntlet – Membolehkan Anda Mainkan Watak Thanos

Fortnite Battle Royale Menambah Mod Infinity Gauntlet – Membolehkan Anda Mainkan Watak Thanos

Diterbitkan pada Mei 8, 2018 oleh .

Pihak pembangun Fortnite telah mengumumkan penawaran watak Thanos melalui mod Infinity Gauntlet pada Fortnite Battle Royale sebelum ini, dan seperti dijanjikan, kini kemaskini berkenaan telah pun boleh dimainkan oleh pemain Fortnite Battle Royale seluruh dunia.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, mod ini ditawarkan dalam bentuk masa terhad, dimana pemain akan memainkan permainan Battle Royale seperti biasa. Tetapi, anda turut boleh mendapatkan batu khusus untuk mengubah watak kepada Thanos – sekaligus menerima sejumlah kuasa tambahan. Sekiranya watak Thanos ini dibunuh, Gauntlet berkenaan akan dijatuhkan, dan pemain lain boleh mengambilnya – sehinggalah pemain terakhir memenangi permainan seumpama permainan bergenre Battle Royale yang lain.

Bagi anda yang memainkan Fortnite, anda boleh mengemaskini permainan anda hari ini, dan memainkan mod edisi terhad ini.

Artikel ini telah diterbitkan di Aksiz terlebih dahulu. Ikuti Aksiz untuk kemaskini semasa dalam dunia permainan video.


TIPS & ULASAN