Google Photos Menggunakan Kecerdasan Buatan Untuk Mewarnakan Gambar Lama

Google Photos Menggunakan Kecerdasan Buatan Untuk Mewarnakan Gambar Lama

Diterbitkan pada Mei 9, 2018 oleh .

Google Photos merupakan salah satu aplikasi yang popular daripada Google, membolehkan pengguna untuk menyimpan gambar padanya – dan ia boleh diakses dan ditambah-baik melalui penggunaan kecerdasan buatan.

Terkini, bersempena dengan Google I/O 2018, pihak Google turut mengumumkan beberaa penambah-baikkan untuk aplikasi Google Photos.

Google Photos

Salah satunya adalah keupayaan untuk mewarnakan kembali gambar-gambar lama dengan hanya satu tap pada Google Photos. Melaluinya, pengguna boleh menambah gambar-gambar lama yang hadir dengan warna hanya hitam dan putih ke Google Photos. Seterusnya, anda akan diberi pilihan untuk mewarnakannya – dan menggunakan kecerdasan buatan, Google Photos akan memberikan warna kembali ke gambar lama anda.

Google Photos

Disamping itu, beberapa ciri-ciri baru lain juga akan ditambah, termasuk mewarnakan hanya subjek sahaja, dan menjadikan latar sebagai berwarna hitam-putih – sekaligus memberikan lebih fokus kepada subjek utama anda.

Google Photos juga kini akan bertindak pintar dengan mengenal-pasti sesuatu imbasan atau rakaman gambar dokumen, dan seterusnya memberikan pilihan kepada anda untuk menjadikannya dalam bentuk PDF untuk simpanan.

Akhir sekali, Google turut kini akan memberikan akses kepada para pembangun bagi mengintegrasikan beberapa ciri-ciri dan sokongan Google Photos terus pada aplikasi mereka.


TIPS & ULASAN