Google sebelum ini telah menawarkan versi pembangunan awal Android P untuk para pembangun, sekaligus memudahkan mereka mengujinya bersama aplikasi mereka – dan bersedia dengan pengoptimasian ketika sistem operasi Android P akhir dilancarkan.
Hari ini, Google melangkah setapak kehadapan dalam pembangunan sistem operasi terbaru Android berkenaan, dan telah pun melancarkan Android P Beta.
Android P Beta kini ditawarkan untuk Google Pixel, selain turut ditawarkan kepada pelbagai peranti dengan sokongan Project Treble – termasuk antaranya adalah Sony Xperia XZ2, Xiaomi Mi Mix 2S, Nokia 7 Plus, Oppo R15 Pro, Vivo X21, OnePlus 6, dan juga Essentiial Ph-1.
Sistem operasi Android P ini dijangka akan dilancarkan dalam versi akhir dalam beberapa bulan lagi – dimana ia akan memfokuskan kepada penambah-baikkan sekuriti dan privasi, selain turut menyertakan sejumlah pembaharuan dan integrasi pembelajaran mesin melaluinya.
- Muat-Turun Android P Beta