Google News Menerima Nafas Baru – Menggunakan Kecerdasan Buatan Untuk Memaparkan Kandungan

Google News Menerima Nafas Baru – Menggunakan Kecerdasan Buatan Untuk Memaparkan Kandungan

Diterbitkan pada Mei 9, 2018 oleh .

Google hari ini turut mengumumkan pengenalan nafas baru untuk aplikasi memfokuskan penawaran informasi semasa dan berita, iaitu Google News. Kini, Google turut mengintegrasikan sokongan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan pada Google News – sekaligus memaparkan informasi yang sangat relevan kepada anda.

Google News

Google News

Selain daripada pengoptimasian dari segi paparan kandungan berita dan informasi yang ditujukan berdasarkan penggunaan anda, Google News juga kini hadir dengan rekaan yang lebih kemas dan memfokuskan kepada kandungan. Ia turut menyertakan kandungan video daripada YouTube dan beberapa platform lain. Malah, Google News turut mengintegrasikan kandungan daripada Twitter terus padanya.

Kemaskini baru ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna di Android, iOS dan juga web secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN