Apple Menerima Paten Untuk Jam Tangan Pintar Dengan Muka Jam Bulat

Apple Menerima Paten Untuk Jam Tangan Pintar Dengan Muka Jam Bulat

Diterbitkan pada Mei 9, 2018 oleh .

Apple Watch merupakan jam tangan pintar daripada Apple yang telah ditawarkan sebanyak tiga generasi setakat ini. Sehingga kini, ia masih kekal menggunakan rekaan muka jam empat segi, tetapi ia mungkin berubah pada masa akan datang.

Terkini, Apple dilihat telah menerima paten untuk rekaan jam tangan pintar dengan muka jam bulat. Ia dilihat Apple telah memfailkan paten ini pada 2016 yang lepas.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan hadir dengan jam tangan pintar menggunakan muka jam bulat. Pada hari ini, terdapat beberapa pengeluar menawarkan jam tangan pintar dengan muka jam bulat, termasuk antaranya Samsung dan juga Huawei.

Dengan rekaan jam bulat yang lebih mempunyai maklumbalas positif daripada pengguna, selain diminati ramai – adakah kita akan melihat Apple Watch bulat dalam setahun dua ini?


TIPS & ULASAN