Cari @ Amanz

Qualcomm hari ini telah mengumumkan yang mana mereka bekerjasama dengan Google untuk membawa sistem operasi akan datang Android, iaitu Android P ke lebih banyak peranti dengan lebih laju berbanding sebelum ini.

Untuk tujuan ini, Qualcomm akan menerima akses awal untuk Android P – sekaligus membolehkan mereka mengoptimasikan perisian untuk digunakan bersama cip Snapdragon 845, Snapdragon 660, dan juga Snapdragon 636.

Qualcomm turut mengatakan mereka akan mengintegrasikan sedikit perisian mereka terus pada Android P – sekaligus mempercepatkan lagi usaha pengeluar peranti untuk memperkenalkan kemaskini untuk peranti keluaran mereka. Seperti ramai sedia maklum, Google sendiri telah mengumumkan Project Treble sebelum ini dalam usaha memudahkan proses naik-taraf kepada sistem operasi baru dengan lebih pantas.

Turut diumumkan hari ini adalah pengenalan Android P Beta untuk sejumlah peranti menggunakan cip Snapdragon, termasuk daripada Xiaomi, Vivo, Sony, OPPO dan juga OnePlus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd