Google Membawa Sokongan Aplikasi Linux Ke Chrome OS

Google Membawa Sokongan Aplikasi Linux Ke Chrome OS

Diterbitkan pada Mei 9, 2018 oleh .

Google Chrome OS merupakan salah satu sistem operasi yang ditawarkan oleh Google untuk komputer riba, dengan fokus terhadap penawaran perkhidmatan berasaskan awan. Kini, selain penawaran sejumlah aplikasi yang dioptimasikan untuk Chrome OS, selain aplikasi Android, Google juga kini menambah sokongan aplikasi Linux pada Chrome OS secara rasminya.

Chrome OS Linux

Untuk peringkat permulaan, Google membawa sokongan aplikasi Linux ini kepada Pixelbook, dan dijangka akan turut menambah sokongan ke model lain pada masa akan datang.

Dengan penambahan sokongan ini, ia sekaligus akan memudahkan para pembangun dalam menggunakan aplikasi seperti penyunting teks GitHub Atom, atau pembangun aplikasi Android Studio terus pada Pixelbook.

Langkah ini juga sekaligus memberikan lebih sebab kepada pengguna mendapatkan komputer riba berasaskan Chrome OS yang berharga lebih kompetitif berbanding komputer riba biasa yang lain.


TIPS & ULASAN