Facebook Menubuhkan Bahagian Baru Memfokuskan Kepada Teknologi Rantaian-Blok

Facebook Menubuhkan Bahagian Baru Memfokuskan Kepada Teknologi Rantaian-Blok

Diterbitkan pada Mei 9, 2018 oleh .

Rantaian-blok (blockchain) boleh dikatakan salah satu perkara yang hangat dalam arena teknologi akhir-akhir ini. Dengan sejumlah syarikat mula mengimplementasikannya, kini Facebook turut menubuhkan sebuah bahagian baru yang akan memfokuskan kepada mempelajari dan membangunkan pelbagai perkara melibatkan rantaian-blok ini.

Bahagian baru ini akan diketuai oleh David Marcus yang sebelum ini mengetuai bahagian Messenger.

Buat masa ini, Facebook masih tidak berkongsi lanjut mengenai apakah yang mereka ingin implementasikan menggunakan teknologi rantaian-blok ini.

Seperti ramai sedia maklum, selain kriptowang, teknologi rantaian-blok turut digunakan ramai dalam meningkatkan tahap keyakinan – dan mungkin digunakan oleh Facebook untuk tujuan berkenaan, memandangkan akhir-akhir ini mereka diserang dengan pelbagai masalah skandal data. Disamping itu, teknologi ini juga turut boleh digunakan untuk pengiklanan, pemindahan pelbagai data, dan sebagainya.

Kita mungkin akan mendengar lanjut daripada bahagian rantaian-blok di Facebook ini dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN