Cari @ Amanz

Kedudukan Uber sebagai penawar perkhidmatan perkongsian kenderaan utama dunia sedikit terjejas dengan penarikan diri di pasaran Asia Tenggara. Syarikat ini walau bagaimanapun masih mempunyai visi untuk menawarkan perkhidmatan teksi terbang mereka dalam masa terdekat. Hari ini mereka berkongsi konsep pesawat eCRM mereka yang mampu melakukan penerbangan menegak seperti helikopter dan mendatar seperti kapal terbang konvensional.

Oleh itu eCRM dilengkapi enam belas bilah kipas yang memberikan tujahan ke bawah dan satu kipas yang memberikan tujahan ke hadapan. Kesemuanya digerakkan menggunakan kuasa elektrik bagi mengurangkan pencemaran udara dan bunyi. Ketika di dalam mod kapal terbang, kipas untuk penerbangan menegak disimpan di dalam pod yang bersambung kepada sayap.

Uber mensasarkan operasi teksi terbang bermula 2023. Konsep yang diperlihatkan ini hanya sekadar rekaan asas yang akan berubah mengikut keperluan. Uber turut mengumumkan kerjasama dengan NASA bagi menggunakan sistem kawalan udara yang dibangunkan badan aeroangkasa Amerika Syarikat ini. Ini akan mengelakkan kemalangan dan memastikan setiap teksi terbang dengan kemampuan swaterbang ini mengikut laluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd